Hiburan

Jazmy Juma cabar diri berlakon komedi, mahu teroka lebih banyak watak 

PELAKON Jazmy Juma menyimpan impian untuk mencabar kemampuan dirinya dengan membintangi naskhah bergenre psycho-thriller dan komedi pada masa akan datang.

Jazmy atau nama sebenarnya Jazmy Khan Juma Khan, 28, berkata keinginan itu timbul memandangkan pasaran industri seni ketika ini dilihat lebih banyak didominasi oleh genre aksi dan romantik.

“Saya rasa nak buat psycho-thriller lepas ini sebab sekarang banyak sangat cerita aksi kat luar. Banyak sangat cerita cinta.

Jazmy berkongsi perkara itu ketika ditemui media.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh