PENDAKWAH bebas Ustaz Don sekali lagi diuji apabila didakwa memberikan jawapan mengelirukan ketika menjawab soalan daripada seorang pemanggil untuk program radio.
Enggan memanjangkan perdebatan, Don atau Don Daniyal Don Biyajid, 40, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka mengenai isu berpuasa pada hari Tasyrik yang dijawab ketika dalam siaran berkenaan.
“Asalamualaikum kepada semua, saya minta maaflah sebab menjawab dalam keadaan mengelirukan. Saya minta maaf kepada semua banyak-banyak. Semoga Allah mengampuni dosa kita semua, minta maaf semua.
Don enggan namanya terus menjadi perdebatan ramai.