PELAKON Jasmin Hamid selamat menjalani pembedahan bariatrik di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Khamis lalu.
Menurut Jasmin, 52, dia dinasihatkan oleh doktor untuk melakukan prosedur berkenaan selepas mendapati terdapat masalah pada bahagian ulu hati.
“Sebelum ini saya selalu rasa senak pada bahagian perut. Saya ingatkan ia hanya masalah angin akibat lambat makan. Dah beberapa bulan juga masalah ini berlarutan.
Jasmin mendengar penjelasan doktor sebelum melakukan pembedahan.