TINDAKAN penyanyi dan usahawan, Ifa Raziah menghadiri majlis perkahwinan pembantu rumahnya di Indonesia meraih perhatian ramai dan mencuri tumpuan warganet.
Menurut Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 50, pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Linda sudah berkhidmat bersama keluarga itu selama hampir 16 tahun.
Katanya, Linda bukan sekadar pembantu rumah, sebaliknya sudah dianggap sebagai ahli keluarga sendiri yang setia menemani mereka ketika susah dan senang.

Ifa sebak lihat Linda disatukan dengan suaminya.






