PENYANYI Umairah mengakui kehidupannya sebagai remaja agak berbeza berbanding rakan sebaya kerana dia jarang diberi kebebasan untuk keluar bersama kawan-kawan.
Umairah atau Ummi Umairah Saiful Anuar, 15, berkata ibunya iaitu penyanyi Siti Saerah Tarudin sangat menitikberatkan soal pergaulan dan keselamatan, lebih-lebih lagi dalam dunia hari ini yang penuh dengan pelbagai cabaran sosial.
Kata Umairah, dia juga lebih selesa menjalani kehidupan yang sederhana kerana tidak mempunyai ramai kawan dan memilih untuk lebih berhati-hati dalam pergaulan.

Umairah mengakui kehidupannya agak berbeza berbanding remaja lain.






