PENYANYI Syasya Rizal memberitahu kehidupannya kini jauh berbeza berbanding zaman remaja apabila tidak lagi terlalu mengikuti perkembangan artis kegemaran seperti dahulu.
Syasya atau Norsyasya Afiqah Shahrizal, 25, berkata statusnya sebagai isteri dan ibu membuatkan dia lebih menjaga batas serta menghormati suami dalam setiap perkara yang dilakukan.
"Sekarang saya dah ada suami, anak, kerjaya dan kehidupan yang berbeza. Jadi memang saya dah tak ikut perkembangan artis macam dulu dan cuba menjaga batas serta menghormati suami.

Perkongsian Syasya yang dimuat naik di Threads.






