PELAKON Janna Nick mendedahkan dia kini mengambil ubat hormon sebagai salah satu ikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata bersama suaminya, Dini Schatzmann.
Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 31, turut memberi bayangan pengambilan ubat berkenaan memberi kesan terhadap bentuk tubuhnya sehingga kelihatan lebih berisi.
“Lain hari, lain pil hormon. Orang masih lagi nak cakap fasal bentuk badan orang lain. Lantaklah korang!” katanya menerusi hantaran di Threads.

Janna kongsi usahanya untuk dapatkan anak.






