PRIHATIN terhadap isu melibatkan wanita teraniaya, pelakon Sherry Ibrahim menasihatkan kaum hawa agar tidak mudah berkongsi kisah sedih atau kelemahan diri dengan lelaki yang baru dikenali.
Sherry, 42, berkata tindakan tersebut boleh membuka ruang kepada individu tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan ketika wanita berada dalam keadaan emosi yang lemah.
"Jangan sesekali berkongsi kisah sedih atau kelemahan dengan lelaki tidak dikenali, khususnya mereka yang mempunyai niat tidak baik.

Sherry nasihat agar wanita-wanita pandai menjaga diri.





