PELAKON Siti Khadijah Halim meluahkan rasa syukur apabila sering menerima pujian daripada netizen yang menyifatkan wajahnya masih kelihatan semula jadi.
Bagaimanapun, Siti, 29, berharap orang ramai tidak meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap penampilannya kerana bimbang boleh mengundang penyakit ain.
“Saya memang nampak juga komen-komen itu. Saya tak ada Threads, tapi ramai kawan yang tangkap layar dan hantar kepada saya.

Siti terharu dengan pujian peminat.






