PENYANYI Datuk Nora Ariffin menegur tindakan segelintir netizen yang seronok melihat pasangan bercerai sehingga menjadikan perkara itu sebagai bahan gurauan di media sosial.
Kata Nora, tindakan mereka mempersendakan pasangan memilih untuk berpisah itu adalah tidak wajar kerana setiap orang berdepan pelbagai ujian dalam perkahwinan.
“Jangan kita terlalu seronok, bertepuk tangan melihat orang bercerai-berai sebab kita pun tak tahu hal sebenar,” katanya.

Nora berkongsi luahan di Instastory miliknya.





