PELAKON Keith Foo tampil menjelaskan kekeliruan selepas ramai menyangka dia merupakan aktor yang pernah memikat rakan artis, Harissa Adlynn, ketika mereka terlibat dalam sebuah drama.
Menafikan perkara tersebut, Keith, 43, turut meminta orang ramai agar tidak terus mengaitkan namanya dengan kenyataan yang dikeluarkan Harissa dalam temu bual bersama media sebelum ini.
“Orang tag nama saya. Saya tidak ada kena-mengena. Pembantu peribadi sentiasa bersama saya di lokasi penggambaran. Selesai sahaja babak, saya akan duduk dalam bilik sendiri.

Keith tidak mahu spekulasi yang timbul jejaskan hubungan dengan Riena.






