PENYAMPAI radio Suria FM dan pelawak Ajak meluahkan rasa kurang senang apabila kisah persahabatannya bersama Shahrol menjadi bahan bualan di media sosial sehingga dikaitkan dengan isu politik.
Menurut Ajak atau Mohd Hanaffi Razak, 40, perkara yang kembali dibangkitkan tentang kemelut antara mereka sebelum ini dilihat sebagai satu penceritaan yang kurang tepat.
Apatah lagi, mereka kini sudah berdamai dan kekal menjalinkan hubungan baik sebagai sahabat.

Komen-komen netizen di gambar Ajak bersama Shahrol.






