PELAKON Zul Huzaimy menegur segelintir netizen yang mudah menjatuhkan hukum terhadap golongan mat rempit selepas isu rumah tangga pempengaruh motosikal, Haqiem Stopa, menjadi perhatian di media sosial.
Zul atau nama sebenarnya Zul Huzaimy Marzuki, 47, berkata tidak adil untuk melabel keseluruhan komuniti motosikal sebagai lelaki ‘mata keranjang’ hanya kerana masalah yang berlaku dalam hubungan suami isteri.
“Jangan tuduh macam itu, kita manusia ini sama saja. Mentang-mentang kami ini mat rempit konon tiada kelaslah. Maaf budak-budak motor ini hanya hujung minggu saja tapi mereka ada kerjaya.

Zul anggap semua manusia lakukan kesilapan.






