SEPANJANG 10 minggu berada dalam program nyanyian Talk To My Manager musim kedua (TTMM2), penyanyi Jamilul Hayat memberitahu keadaan kesihatannya mula menunjukkan perubahan positif selepas diuji masalah paru-paru kronik.
Menurut Jamilul atau lebih dikenali sebagai Pak Hayat, keadaan kesihatannya yang kurang baik sebelum ini menyebabkan dia mudah semput, cepat letih dan memerlukan sokongan untuk bergerak.
Malah, dia mengaku sering berasa takut setiap kali bangun pada waktu pagi kerana bimbang berdepan kesukaran untuk bernafas.







