ISTERI kepada pelawak Achey iaitu Nor Hasanah Yahaya terharu melihat pengorbanan suaminya yang banyak membantu menguruskan rumah tangga sepanjang dia menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) buat kali kedua.
Hasanah, 36, berkata walaupun perkara tersebut mungkin dianggap kecil oleh sesetengah pihak, segala bantuan yang diberikan Achey amat bernilai buat dirinya.
"Terima kasih sayang sebab banyak sangat membantu isterimu ini. Dah berapa bulan ini sayanglah yang banyak uruskan rumah, kemaskan rumah, basuh baju, uruskan Tiara dan macam-macam lagi.

Isteri terharu lihat tindakan Achey dalam menguruskan rumah.






