SIMPATI dengan luahan pelakon Mia Sara yang sukar mendapat tawaran berlakon kerana dibayangi watak kanak-kanak, penerbit Jaja Ishak terbuka untuk bekerjasama dengan aktres itu.
Bagi Jaja selaku pemilik produksi Jaja Ishak Channel, bakat muda seperti Mia tidak seharusnya dipandang sepi dan perlu diberi peluang lebih baik.
"Saya simpati dengan isu yang berlaku kepada Mia. Dia mempunyai kelebihan kerana sudah berlakon sejak usia kanak-kanak.

Jaja terbuka bekerjasama dengan mana-mana pelakon yang komited.






