PELAKON Datin Atikah Suhaime tampil memperbetulkan persepsi segelintir pihak yang memandang rendah terhadap tahap pendidikan golongan pembantu rumah.
Menyelar kenyataan yang menganggap ‘bibik’ tidak berpendidikan, Atikah atau Nur Atikah Mohd Suhaime, 35, juga tidak mahu pandangan negatif sebegitu memberi gambaran buruk terhadap masyarakat Malaysia.
“Tidak elok kata bibik tidak berpendidikan. Tidak bermakna mereka tak cakap Inggeris atau bahasa kita, mereka itu tidak berpendidikan. Ada yang terpaksa mencari rezeki di negara orang.

Atikah membalas kenyataan seorang individu di Threads.





