PELAKON Jaa Suzuran mengakui terbuka untuk bertemu jodoh dengan wanita berstatus ibu tunggal kerana menganggap golongan itu sebagai wanita hebat yang wajar dihormati.
Jaa atau Mohammad Faizal Ahmad, 32, berkata masyarakat tidak sepatutnya memandang sinis terhadap ibu tunggal kerana mereka merupakan wanita hebat yang berjaya mengharungi pelbagai cabaran hidup.
"Sebenarnya saya mengalu-alukan wanita yang berstatus ibu tunggal sebab kadang-kadang orang pandang sinis dengan golongan ini.







