SELEPAS tiga tahun berlarutan, kemelut melibatkan pelakon Izreen Azminda dan juga bekas madu akhirnya diselesaikan secara baik.
Berkongsi perkara tersebut, Izreen atau Izreen Azminda Aznam, 41, berharap hubungannya bersama Intan Salleh akan menjadi lebih baik tanpa sebarang sengketa berpanjangan.
“Akhirnya pertikaian antara kami dapat diselesaikan secara baik. Harapan saya agar selepas ini, hubungan yang terjalin dapat lebih terpelihara demi kebahagiaan kita bersama terutamanya untuk anak-anak,” kata.

Intan (kiri) dan Izreen capai kata sepakat.






