MENYEDARI budaya bersalaman merupakan kebiasaan bagi sesetangah masyarakat, penyanyi Wany Hasrita memilih mengenakan sarung tangan sebagai usaha menjaga batas dengan individu berlainan jantina.
Menurut Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 34, dia percaya setiap individu mempunyai pendirian dan cara tersendiri dalam menangani situasi tersebut termasuklah dirinya atas urusan kerja.
“Sebenarnya serba salah juga saya nak ulas mengenai perkara ini. Bagi saya, masing-masing ada pilihan dan pendirian sendiri.

Wany mengenakan sarung tangan berwarna hitam sebagai langkah berjaga.






