PENYANYI Shila Amzah tampil memohon maaf secara terbuka kepada para peminat selepas siri konsert Shila Amzah Kita 25 Tahun Bersama menerima kritikan berhubung beberapa isu teknikal serta pengurusan tiket yang tidak memuaskan.
Permohonan maaf itu dibuat Shila ata Nurshahila Amir Amzah, 36, susulan luahan kekecewaan penonton yang berdepan masalah tempahan bertindih selain kualiti sistem bunyi dan ketiadaan paparan lirik pada skrin
Jelas Shila, dia dan pasukannya sudah membuat persiapan rapi sebelum menjelang konsert, namun isu teknikal dan pengurusan di atas pentas adalah di luar kawalannya.

Shila sudah berusaha untuk berikan yang terbaik pada malam konsertnya itu.






