PELAKON Sherry Ibrahim mengambil keputusan menurunkan hantaran berhubung kejadian membabitkan seekor anjing liar Rocky yang mati dalam satu operasi penguatkuasaan, selepas dia menerima penjelasan daripada pihak berkuasa.
Sherry atau Syarizad Ibrahim, 43, berkata tindakan itu dibuat sebagai tanda menghormati pihak berkuasa yang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan.
"Saya telah menerima penjelasan berhubung kejadian melibatkan anjing bernama Rocky daripada sumber berita dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang menjelaskan situasi dan kronologi kejadian.

Sherry sudah terima penjelasan daripada pihak berkuasa.






