BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tegas berkongsi pendapat berhubung isu membabitkan penuntut universiti tempatan yang memijak naskhah suci al-Quran.
Enggan perkara tersebut dipandang remeh, Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 46, berharap agar tindakan dan hukuman setimpal dikenakan terhadap pelaku.
“Negara kita mempunyai undang-undang dan peraturan yang jelas. Justeru, kami berharap agar perbuatan si pelaku dikenakan tindakan serta hukuman yang setimpal mengkut peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya.

Perkongsian Siti di Instastory miliknya.






