ENGGAN berdiam diri lagi, isteri kepada pelawak Shuib akhirnya bersuara mengenai dakwaan kononnya kos perbelanjaan ke Makkah baru-baru ini menggunakan wang syarikat iaitu Bubblebee Sdn Bhd.
Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, sebaliknya menjelaskan semua kos perbelanjaan mengerjakan umrah bersama keluarga pada awal November lalu ditanggung olehnya.
“Mummy (panggilan Wati) terpanggil hari ini untuk buat penjelasan sebab nampaknya ramai yang sudah terbuat fitnah tanpa sedar.

Watie akhirnya dedahkan segalanya selepas teruk difitnah.






