SUSULAN pergolakan rumah tangga kembali pulih bersama suami, isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan Faisal Halim iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahri menitipkan kata-kata menggambarkan ketabahan dan kepercayaannya terhadap takdir dan perancangan Ilahi.
Syazwani berkata, meskipun sedang melalui fasa mencabar dalam kehidupan rumah tangga, dia percaya setiap apa yang berlaku adalah satu hikmah terbaik buat dirinya.
“Perancangan Allah sentiasa yang terbaik, kadang-kadang prosesnya sukar dan menyakitkan tetapi jangan lupa apabila Dia (Allah) diam, Dia sedang merancang sesuatu untukmu.

Perkongsian Syazwani di Instagram miliknya.






