GITARIS kumpulan Spring iaitu Tengku Raden Iskandar Tengku Ismail, 56, meninggal dunia dalam tidur di kediamannya di Miri, Sarawak, kira-kira jam 1 pagi Selasa.
Berita pemergian Allahyarham dimaklumkan oleh Timbalan Presiden Music Malaysia, Ayob Abd Majid menerusi hantaran terbaharu di Facebook miliknya.
“Saya dengan penuh rasa hiba dan dukacita ingin mengucapkan takziah atas pemergian sahabat lama Iskandar Spring yang telah kembali ke rahmatullah.







