WATAK Faris lakonan pelakon Irfan Zaini menerusi drama Luka Di Hujung Setia berjaya mencuri perhatian penonton, khususnya dalam kalangan peminat wanita.
Bagaimanapun, populariti watak tersebut mengundang situasi tidak dijangka apabila individu terdekat Irfan menerima panggilan dan mesej daripada penonton yang terbawa-bawa dengan jalan cerita drama berkenaan.
Menurut Irfan atau Muhammad Irfan Mohamed Zaini, 30, nombor telefon pengurusnya menjadi sasaran peminat yang mahu meluahkan rasa geram terhadap karakter Faris.

Mesej yang diterima pengurus Irfan.






