BEKAS isteri kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar memberitahu masih belum bersedia menerima lamaran mana-mana lelaki yang mahu menyunting dirinya menjadi isteri.
Kata Ira atau Faghirah Fatini Kazaruddin, 29, dia kini sedang bahagia menjalani kehidupan tanpa suami dan tidak terfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
“Tidak kot (terima lamaran), bukan dalam waktu terdekat ini. Saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang,” katanya.
Ira tidak mahu memikirkan soal jodoh.