USAHAWAN dan pelakon Ahmad Iqbal Zulkefli mengalami keracunan makanan yang teruk sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan pada semalam.
Iqbal, 32, berkata dia bersama tiga lagi ahli keluarganya dikejarkan ke hospital selepas mengalami simptom muntah dan cirit-birit sejurus menikmati hidangan tomyam yang dibeli di sebuah gerai.
Menurut Iqbal, pada awalnya doktor menyangka dirinya mengalami demam denggi namun hasil pemeriksaan menunjukkan ia bukan berpunca daripada jangkitan denggi.

Berat badan Iqbal susut kerana keracunan makanan.





