MENGHARGAI jasa pembantu rumahnya, pelakon Datin Intan Najuwa berbesar hati membawa keluarga wanita asal Filipina itu ke Kuala Lumpur bagi meraikan sambutan Hari Krismas.
Menurut Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, dia turut gembira apabila pembantu rumahnya, iaitu Jussele, dapat bertemu semula dengan anak serta ahli keluarganya selepas sekian lama berjauhan.
Tidak lokek berkongsi rezeki, bagi Intan, pembantu itu merupakan antara individu yang sangat penting kerana menjaga anaknya, Lunara, dengan penuh kasih sayang.

Intan sentiasa hargai pembantu yang menjaga anaknya.





