PELAKON Datin Intan Najuwa tampil menjelaskan salah faham yang timbul dalam kalangan pengikutnya selepas berkongsi hasrat untuk mencuba kaedah vaginal birth after caesarean (VBAC) bagi kelahiran anak kedua.
Menurut Intan, 29, perkongsian yang dibuat menerusi Threads sebelum ini bukan bertujuan mempertikaikan kaedah kelahiran secara caesarean (czer), sebaliknya dia hanya mahu mendapatkan pandangan dan pengalaman daripada ibu-ibu yang pernah melalui proses tersebut.
“Saya rasa ada sedikit salah faham mengenai status saya sebelum ini tentang VBAC. Saya cuma bertanya tentang tip dan pengalaman daripada ibu-ibu yang pernah melalui VBAC kerana doktor saya telah memberi lampu hijau untuk saya mencubanya.
Intan jelaskan salah faham yang berlaku.

Intan bersama anak sulungnya, Imane Lunara.



