PELAKON Datin Intan Najuwa akhirnya bakal mengubati kerinduan peminat apabila dia bersetuju menerima satu tawaran berlakon.
Menerusi satu hantaran ringkas di Threads, Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, turut meluahkan rasa teruja untuk kembali ke lokasi penggambaran.
“Selepas tiga tahun tidak berlakon, saya akhirnya berkata setuju untuk sebuah projek baru.

Intan bakal kembali menjalani penggambaran.





