KUMPULAN Insomniacks bakal melakar satu lagi pencapaian besar dalam karier seni mereka menerusi pelancaran album sulung berjudul Kami Insomniacks dijadual menemui peminat, 30 Oktober ini.
Kemunculan album penuh pertama ini direalisasikan selepas hampir 11 tahun mereka membina nama, pengaruh dan bertapak kukuh dalam industri muzik tanah air.
Album berkenaan memuatkan 12 trek lagu yang mengangkat tema kisah cinta, persahabatan, kekeluargaan, pengembaraan serta proses pendewasaan diri berdasarkan pengalaman sebenar yang dilalui bersama oleh setiap anggota kumpulan itu.

Insomniacks dianggotai (dari kiri) Iskandar, Iqie dan Danial tampil dengan album sulung.






