TINDAKAN segelintir netizen yang gemar memberikan komen negatif terhadap cara masakan orang lain membuatkan pengacara dan usahawan Neelofa tidak selesa untuk berkongsi konten berbentuk sedemikian.
Kata Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 35, komen negatif diberikan itu membuatkan dia berasa malas untuk berkongsi mengenai masakan dengan pengikutnya di media sosial.
“Komen makcik bawang inilah yang membuatkan saya malas nak buat content masak-masak sebab semua macam terpaling betul.

Neelofa meluahkan rasa kurang senang terhadap komen negatif yang diterima.





