PELAKON Kamal Adli berang apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah bahawa Hawra Uqaira bukan darah dagingnya.
Kamal, 39, menyifatkan tuduhan tersebut sebagai sesuatu yang tidak munasabah, sekali gus menegaskan Hawra merupakan anak kandungnya bersama isteri, Uqasha Senrose.
"Ini sangat melampau! Terlalu melampau untuk manusia normal dan sebagai Muslim. Itu anak kandung saya!" katanya menerusi hantaran di Threads.

Kamal luah rasa bengang dengan tuduhan netizen.






