SELEPAS 24 tahun berkecimpung dalam industri hiburan, pelakon Aedy Ashraf tidak menyangka dia akhirnya berjaya merangkul anugerah pertama menerusi Aktor Filem Popular Anugerah Bintang Popular BH ke-36 (ABPBH36) pada malam Jumaat.
Bersyukur dengan anugerah itu, Aedy atau Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 31, berkata, dia tidak pernah meletakkan sebarang harapan untuk memenangi sebarang trofi sebelum ini kerana lakonan merupakan minatnya dari dahulu.
“Saya tak pernah pegang anugerah tiba-tiba dapat pelakon filem popular, saya sangat gembira dan bersyukur.







