TENANG berdepan kritikan, penyanyi Aisha Retno juga terbuka apabila ada yang mempertikaikan gaya penampilannya memakai korset bersama baju kebaya.
Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, memberitahu fesyen tersebut telah menjadi pilihannya sejak awal pembabitannya dalam dunia seni.
"Saya dengar dan faham pandangan awak. Saya juga boleh ubah mengikut cita rasa fesyen awak pada masa akan datang.

Penampilan Aisha dalam muzik video jadi perhatian.






