ISTERI pelawak dan pelakon Shuk Sahar iaitu Fara Salleh berkongsi pengalaman cemas apabila merasai gegaran gempa bumi yang berlaku kawasan perumahannya di Jalan Muar, Segamat pada awal pagi Ahad.
Menurut Fara, 33, kejadian yang berlaku sekitar pukul 6 pagi itu pada mulanya disangka sebagai mimpi kerana baharu terjaga daripada tidur.
“Ingat mimpi sebab mamai baru bangun tidur. Gegaran yang berlaku dalam pukul 6 pagi itu ingatkan bunyi guruh, tapi guruh takkanlah macam itu,” katanya kepada mStar.

Fara turut merasai gegaran yang berlaku di Segamat.






