PENAMPILAN pelakon Zahida Rafik di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2025 (KLFW 2025) menarik perhatian ramai apabila tampil dengan rambut pendek berwarna perang keemasan ‘blonde’.
Menerusi perkongsian video tular di TikTok, Zahida atau Zahida Mohamed Rafik, 50, dipercayai menghadiri pertunjukan Men In Play by The Melium Group yang berlangsung di Suria KLCC, Kuala Lumpur pada Rabu.

Fesyen Zahida sering jadi ikutan peminat.
Lebih menarik perhatian ramai, penampilan pelakon filem Mami Jarum itu seakan-akan tidak dikenali ramai kerana kelihatan sangat berbeza tidak seperti sebelum ini.





