GARA-GARA bengang dengan watak Sally menerusi drama Aku Bukan Ustazah, netizen mengutuk rupa paras pelakon Haneesya Hanee di media sosial.
Kecewa rupa parasnya dihina, Haneesya atau Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahlan, 24, meminta orang ramai tidak terlalu terbawa-bawa dengan perasaan marah dengan watak tersebut sehingga tergamak menghina wajahnya.
“Saya faham awak semua sakit hati dengan Sally… tapi itu Sally, bukan saya. Kalau nak menghina pun agak-agaklah.
Haneesya bengang dengan komen negatif netizen.