INDUSTRI muzik tanah air terus rancak dengan kemunculan sebuah kumpulan baharu, Inferno3 yang hadir membawa pakej lengkap merangkumi tarian bertenaga dan keupayaan vokal yang meyakinkan.
Dianggotai tiga gadis jelita iaitu Hannis, 17, Hannah, 15, dan Eva, 17, Inferno3 tampil optimis serta bersedia menghiburkan peminat, khususnya golongan remaja yang dahagakan kelainan dalam muzik tempatan.
Sebagai pendatang baharu, peluang melancarkan single pertama berjudul Money bersama artis berpengalaman menjadi satu titik tolak buat kumpulan itu dalam membina keyakinan dan hala tuju seni mereka.






