KERAJAAN menyediakan peruntukan lebih RM130 juta bagi memperkasa industri kreatif negara, merangkumi sektor perfileman, muzik dan kandungan kreatif tempatan menerusi pembentangan Belanjawan 2027.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata peruntukan itu bertujuan mengangkat citra negara, mewujudkan peluang pekerjaan serta membawa karya dan kisah Malaysia ke pentas dunia.
“Industri karya kreatif terus diperkasa bagi mengangkat citra negara, mencipta pekerjaan dan membawa kisah Malaysia ke pentas dunia.






