KECOH di media sosial apabila penyanyi Datuk Nora Ariffin mendakwa dia pernah diburukkan oleh individu iaitu di pihak keluarga suaminya sehingga digelarkan dengan panggilan tidak senonoh.
Menerusi komen dalam sebuah hantaran di Facebook, Nora atau Wan Norafizah Ariffin, 52, reda dengan hati terbuka menerima kata-kata cacian dilemparkan terhadapnya.
“Alhamdulillah, syukur diatas gelaran b*t*h atau s*n*al yang diberikan oleh keluarga Ustaz (suami) kepada saya.







