PENYANYI Amir Jahari memberi amaran kepada individu tidak bertanggungjawab agar berhenti menggunakan nama dan fotonya untuk menipu orang ramai.
Menurut Amir atau Mohamad Amirullah Jahari, 31, dia menyedari perkara itu selepas isterinya Kartini Sulaiman menerima mesej daripada inidvidu berkenaan.
“Amaran penipuan. Mohon sebarkan. Jangan sampai ada yang terkena dengan individu ini.
Amir minta orang ramai berhati-hati.