Hiburan

Individu menyamar jadi perancang majlis, Atiq Azman buat laporan polis… Impian majlis akikah anak musnah 

HASRAT pelakon Atiq Azman untuk meraikan majlis akikah buat cahaya mata sulungnya hampir tidak kesampaian apabila dia mendakwa menjadi mangsa penipuan seorang individu yang menyamar sebagai perancang majlis.

Menerusi hantaran yang dimuat naik, Atiq atau Raja Mohammad Atiqullah Syah Raja Azman Syah, 26, meluahkan rasa terkilan kerana majlis yang sudah dirancang rapi itu sepatutnya berlangsung dalam tempoh seminggu sahaja lagi.

“Sepatutnya lagi seminggu ini jadi hari paling bermakna untuk anak saya, Majlis Aqiqah dan Tahniq bersama Ustaz Wadi yang kami sudah rancang lama.

Raja Atiq luah rasa kecewanya di Instagram.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh