BUKAN sekadar menghulurkan sumbangan, pelakon Syatilla Melvin bersama adik-beradiknya sanggup meluangkan masa melayan penghuni rumah orang tua seperti keluarga sendiri.
Kisah kebaikan mereka dikongsikan jurugambar dikenali sebagai Afham di Threads yang turut berpeluang mengikuti aktiviti amal berkenaan.
Menurutnya, dia pada awalnya tidak menyangka Syatilla, Syafiqa, Syifa dan Syida sanggup melakukan perkara tersebut ketika mengunjungi rumah orang tua.







