SELEPAS lapan tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Indah Ruhaila memaklumkan dirinya bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussein,38, dia media sosial miliknya pada Selasa.
“Sesungguhnya Allah sebaik perancang, Alhamdulillah. Lapan tahun penuh keajaiban,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Indah hamil anak pertama selepas lapan tahun berkahwin.





