PENULIS novel, Ain Maisarah memberitahu bukan mudah untuk melepaskan karya tulisannya dijadikan sebuah drama adaptasi.
Menurut Ain, kebimbangan utama adalah bagaimana sesebuah karya yang diadaptasi mampu mengekalkan keaslian seperti yang digambarkan dalam buku.
"Satu yang pasti, drama Impiana: Karma ini tidak sama, tidak klise macam drama lain. Ia ‘laju’ dan simpan banyak plot yang berangkai-rangkai.

Pemilihan pelakon yang tepat perlu diambil kira bagi tidak menghampakan imaginasi pembaca novel.





