PELAKON Norish Karman tampil menjelaskan dakwaan yang tular kononnya dia menerima wang sehingga RM200,000 dalam satu aktiviti jualan secara siaran langsung bersama seorang usahawan.
Menurut Norish atau Nor’Ashikin Karman, 52, sesi tersebut adalah sebahagian daripada kerja dan pendapatan yang diterima merupakan hasil jualan selepas beberapa potongan dibuat.
Kata Norish, dakwaan bahawa dia menerima bayaran besar adalah tidak tepat.







