IMPIAN pelakon Yana Samsudin memiliki sebuah keluarga besar bakal terlaksana apabila dia disahkan hamil anak keempat.
Kandungan Yana atau Nurliana Samsudin, 41, kini sudahpun mencecah usia lima bulan dan dia dijangka bersalin pada Oktober depan.
Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh suaminya iaitu pelakon Fadzil Zahari yang memaklumkan mereka tidak menyangka dengan rezeki diberikan Allah SWT.

Yana dan Fadzil (kanan) bakal menyambut kehadiran cahaya mata keempat.





